klik.. klik...

Habit...

Salam.. MySpace


Hari nih macam hari2 yang lain jugak.. Tak ada apa sangat... Cuma malam nih kitorang nak buat operasi menangkap kumbang.. Sebenarnya aku mmg nak tengok gak dari mana datang nya kumbang tuh.. So bile officemate aku kate nak pergi tengok aku terus je lah nak ikut.. kalau tak, takut jugak aku nak g sorang2 kat situ.. dahlah sebelah dengan kuarters yang dah tak pakai.. Nanti ade pulak karang kawan yang tak dijemput datang.. Ngeri jugak aku.. dah lah aku nih bukannya berani sangat..
Ok lah.. Kita tutup cerita tuh.. Sebenarnya tadi aku baru je bersembang dengan officemate aku pasal gelagak2 manusia yang selalu kitorng jumpa dan buat aku terfikir.. Kenapa kan kadang2 ucapan terima kasih susah sangat nak diucap.. Maksud aku bukannya terima kasih atas pemberian benda yang besar seperti hadiah atau benda2 yang seangkatan dengannya lah.. Tapi benda2 kecik contohnya laporan yang dah disemak atau benda2 yang lebih simple macam tolong hulurkan pen ke kertas ke.. Susah sangat ke ek? Aku pun bukannya bagus sangat tapi pada aku, ucapan terima kasih tuh seolah-olah satu penghargaan dan kadang2 apabila ucapan terima kasih tuh diucap ia akan menimbulkan perasaan senang serta memudahkan lagi seseorang itu untuk menolong pada masa akan datang.. bagi aku ucapan terima kasih tuh bukannya sangat berat untuk diucap..
Satu lagi yang aku dapat tengok... kenapa kadang2 apabila kita tidak berpuas hati dengan sesuatu benda atau seseorang kita akan mula menunjukkan expresi muka yang tidak elok.. Why not kita pergi jumpa dengan seseorang itu dan slow talk about ape yang kita tidak berpuas hati itu.. Aku rase melalui cara ini lagi memudahkan seseorang itu untuk bertolak ansur dengan kita.. dan sometimes boleh melembutkan hati seseorang itu untuk mengubah sesuatu itu tanpa menyakitkan hati orang lain.
Tapi mungkin jugak apabila perlakuan ini dah menjadi satu habit dalam kehidupan kita sehari-harian sukar untuk kita ubah... sebab kadang2 aku terbuat jugak benda2 yang tidak berapa elok seperti ini.. Dan sebagai manusia aku haruslah berfikir untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik.. kadang2 perbincangan berkenaan perkara2 seperti ini perlu jugak dalam kehidupan kita supaya kita sedar kelemahan diri...

Ini hanyalah pendapat aku.. dan aku pun tidak lepas daripada membuat kesilapan yang sama seperti orang lain... aku percaya mungkin ada orang lain yang mempunyai pendapat yang lebih baik kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan..MySpace

that's all.. see u again..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment