klik.. klik...

Nanas MD2

Salam..
Lame dah aku tak buat blogwalking.. Nak buat macam mana.. Akhir2 nih aku sibuk sikit.. Maklumlah lepas raya.. Sebenarnya aku tengah mencari maklumat pasal nanas MD2.. Yelah.. sekarang kan dah akhir tahun dah kena mula menyediakan laporan interim untuk projek aku tahun nih.. Salah satu projek yang aku buat berkaitan dengan nanas MD2.. tuh yang aku tengah cari maklumat tuh.. sumber yang aku ade nak cari maklumat nih cumalah internet.. maklumat yang aku dapat dalam internet mengatakan nama lain bagi nanas MD2 nih adalah Golden Ripe, Extra Sweet dan Maya Gold.. Untuk pengetahuan kawan2 semua.. nanas MD2 nih telah dilancarkan oleh Y.B. Dato Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23 Januari 2010 semasa perasmian Mini Maha 2010 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat Johor (LPNM,2010).

Nanas MD2 merupakan Nanas Hybrid yang telah dihasilkan oleh Hawaiian Pineapple Research Institut. Ia boleh menghasilkan buah seberat 1.3-2.5 kg yang berbentuk berbentuk silinder dan square-shoulder. Selain itu, ia mempunyai mata yang leper dan besar. Warna buah nanas MD2 adalah oren kekuningan. Isinya pula berwarna kuning jernih, padat dan berfiber. TSS bagi buah nanas ini adalah 15-17°Brix dan mengandungi asid askorbik lebih rendah berbanding Nanas Sarawak. (Geo Coppens d'Eeckenbrugge & Freddy Leal,2001)


Rujukan:
LPNM (2010), Program Mini Maha Peringkat Negeri Johor, http://www.mpib.gov.my/web/guest/a29.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment