klik.. klik...

Diri aku....

Salam..


Dah lama rasenya aku tak mengupdate blog aku nih.. cuma tetiba terasa pulak gatalnya tangan aku nak menaip sesuatu. Bukannya aku tak nak mengupdate blog aku cumanye banyak cerita aku yang aku kongsi dengan lappy baru kesayangan aku dan yang aku kongsikan dengan lappy aku bukannya benda yang aku nak semua orang tahu. Cukuplah sekadar aku dan lappy aku sahaja yang tahu.
Hari nih, sementara aku menunggu semua senarai lantikan j/kuasa aset siap print, aku pun sesaja pergi melepak dengan kawan2 sepejabat aku. Bercerita mengenai perangai/habit masing (tidak melibatkan orang luar dengan kata lain bukannya mengumpat). terkeluarlah sesuatu yang mungkin antara habit aku yang aku tidak sedari (macan banyak je.. hehehe..). Rupanya aku tidak pernah menyedari kalau aku cuba mengawal perasaan marah rupanya akan terkeluar juga melalui expresi muka aku (opps..). OMG.. What can i do? Anybody can help me? Ajarkan aku supaya marah itu tidak akan mengubah expresi muka aku.. I want to be a profesional. Tak nak lah macam ni. How to be more positive? Benda nih jadi tanpa aku sedar. Boleh ke aku kawal? Aku cuba nak simpan supaya marah tuh tak nampak di luar. Susah jugak kan.. Kenapa ya? T___T
Ok.. Kita tinggal kejap cerita tuh.. Sabtu nih aku dan officemate aku nak pergi picnic kat Ulu Paip. Mesti seronok kan.. Lame dah tak mandi air sungai.. tapi yang sedihnya semua orang akan bawak famili tapi aku? (uwaa...) Jauhnya famili aku.. Tak sabar nak tunggu raya naati nak balik kampung. Kalaulah famili aku ade kat sini mesti aku dah ajak diorang ikut skali.. xpelah.. sabar je mala.. Nanti kalau aku ade masa aku update blog nih dengan gambar2 picnic tuh..

oklah sampai sini dulu... :) bye.. bye.. bye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS